Siri KeDua - Anwar Ibrahim Orang Melayu
Anwar Ibrahim telah mengatur langkah kemas dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sesuatu yang susah hendak di buat oleh BN telah berjaya dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan menyatukan barisan pembangkang yang berlainan bangsa dan agama.
Walaupun Pakatan Rakyat masih baru dan mengalami masalah masalah dalaman tetapi kehebatan kepimpinan Anwar Ibrahim berjaya memesongkan masalah masalah itu menjadi satu teka teki politik yang jawapannya ingin diikuti samada lawan dan kawan.
Sebagai keturunan Melayu, Anwar Ibrahim telah menggunakan semua kesempatan yang terdapat di dalam perlembagaan untuk memegang tampuk kuasa didalam Pakatan Rakyat.
Sesungguhnya hanya bangsa Melayu yang beragama Islam sahaja yang boleh di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu satu jawatan yang menjadi cita cita kepada Anwar Ibrahim.
Atas dasar Melayu dan kemelayuannya, Anwar Ibrahim berjaya mendorong sebahagian orang orang Melayu menjadi penyokong kepada kefahaman dan dasar dasar baru yang terhasil dari permuafakatan dengan Pakatan Rakyat.
Orang orang Melayu amat terpesona mendengar ucapan ucapan berani Anwar yang mengherdek, memperkecilkan dan memadam keunggulan kepimpinan BN yang banyak jasa itu semenjak kemerdekaan.
Hasilnya, Anwar Ibrahim diangkat sebagai hero yang mahu mengangkat Melayu ke suatu tahap yang lebih tinggi dan lebih di hormati.
Istimewanya Anwar Ibrahim ialah beliau dapat memprojekkan diri dan parti kepimpinannya mendapat sokongan yang besar dari seluruh Negara dan seluruh dunia!
Siri Ke Tiga : Pas Bersama Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment