Thursday, August 19, 2010

1 MALAYSIA PERLUKAN MELAYU BERSATU





DAP masih dengan slogan Malaysian Malaysia. Dap mempengaruhi orang orang Cina. Kata DAP konsep 1 Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia. Setelah orang orang Cina mula percayai, DAP bermain api. Katanya kata 1Malaysia tapi menganaktirikan bangsa Cina.

PKR dan Pas pula samakan 1Malaysia dengan UPKO. Kerajaan dikatakan engage konsultan antarabangsa yang diterajui Israel. Pas / PKR memberitahu kepada orang orang Melayu, UMNO bersekongkol dengan Yahudi. Seterusnya Pas mengejek ejek UMNO dengan panggilan UPKO di Parlimen ...macam budak2 sekolah.

Begitulah cepatnya Pembangkang memanipulasi isu dengan merosakkan pemikiran rakyat dengan sistematik. Dap sasarannya kepada seluruh masyarakat Cina, Pas sasarannya Masyarakat Melayu /Islam / kampung manakala PKR sasarannya ialah Melayu / Liberal/ Bandar.

Kerjasama ketiga tiga parti Pembangkang ini adalah ancaman terbesar kepada Kerajaan Malaysia kerana pengaruh mereka adalah amat besar di peringkat akar umbi. Sekiranya mereka memilih untuk keluar dari landasan undang undang, maka akan huru hara lah Malaysia.

Blog ini berpendapat penggunaan politik perkauman oleh ketiga tiga parti politik ini ini telah memberi impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi dan keselamatan Negara.

No comments:

Post a Comment