Melayu tidak bersatu walaupun kedudukan dan hak mereka kini sedang di cabar dan di ancam setiap hari.
Melayu merasakan masih selamat sebab dasar dasar Kerajaan Persekutuan yang sedia ada memungkinkan mereka berada di dalam keadaan selesa.
Hanya minoriti Melayu yang tahu bahawa perpecahan kuasa politik di kalangan orang orang Melayu akan menyebabkan banyak dasar dasar Kerajaan yang membantu sosio ekonomi orang Melayu akan di tukar.
Perubahan ini akan mengambil tempat secara sistematik seperti di Perak dan Pulau Pinang walaupun suara suara minoriti yang menentang di jalanan di dengar sepi dan jauh.
Melayu perlu bersatu sekarang dan menolak fahaman politik sempit.
Melayu perlu bersatu sekarang dan mengenepikan SIFAT SIFAT AMARAH dan isu isu kecil dan menumpukan kepada kekuatan mengundi kepada hanya UMNO.
Selama ini UMNO lah yang telah membangunkan Negara dan mencipta dasar dasar yang banyak memberikan pertolongan dan membantu ramai orang Melayu.
Suara suara menentang UMNO dan BN hanyalah suara suara teguran.
UMNO dan BN tidak pernah menolak terus suara suara teguran ini dan sentiasa melakukan yang terbaik kepada rakyat.
Suara suara teguran membangkang ini perlu di kekalkan tetapi tidak boleh di benarkan kuat dan diberi kuasa memerintah kerana kepimpinan Pembangkang di Malaysia adalah rasis, agresif, materialistik, bersifat personal dan penuh dengan dendam kesumat.
Orang orang Melayu perlulah menggunakan kelebihan majoriti mereka sebagai Pengundi dan menghantar isyarat jelas kepada kaum kaum lain di Malaysia bahawa mereka adalah Tuan di Negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment