Anwar Ibrahim telah di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1998.
Semenjak itu politik Malaysia tidak pernah aman. Anwar berjuang dari untuk mendapat simpati rakyat dan kini berjuang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Apakah perjuangan beliau sesuatu yang murni?
Jawapannya tidak sama sekali.
Anwar sebenarnya mengajak rakyat Malaysia menjadi Hakim, peguam, pakar ekonomi, polis dan menguatkuasakan undang undang yang tersendiri mengikut nafsu belaiu sendiri.
Pennyudahannya Malaysia telah menjadi sebuah negara bijak pandai yang terlampau dengan diri masing masing lebih pandai daripada badan kehakiman, pakar ekonomi dan sosial Negara.
Apa sahaja yang diputuskan oleh Kerajaan yang memerintah telah dipandang remeh, tidak penting dan mempunyai kepentingan bagi pihak yang berkuasa sahaja.
Begitulah hebatnya polemik perjuangan Anwar Ibrahim yang akhir akhir ini berjuang semata mata untuk mengganggu ketenteraman awam dan kepentingan Negara.
Anwar kini sepatutnya di sekat dari terus berleluasa dengan dendam kesumat dan menfitnah secara membabi buta.
Apakan daya Kerajaan kini terikat dengan janji janji bekas PM Pak Lah yang ingin memberikan kebebasan kepada NGO dan parti politik pembangkang sehingga beliau sendiri terpelanting dari kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.
Tahap tuduhan dan fitnah yang di buat Anwar benar benar telah memudaratkan kepimpinan Kerajaan Malaysia.
Kebebasan yang di beri telah menyebabkan Anwar telah menjadi musuh negara dengan bersekongkol dengan anasir anasir luar negeri yang mula campur tangan dengan kes peribadi liwatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment