Saiful telah mendakwa Anwar Ibrahim meliwatnya pada tahun 2008. Kini pada 3.2.2010 baru kes Saiful di bicarakan setelah penangguhan demi penangguhan mengikut lunas undang undang di buat. Saiful kini mendapat peluang untuk menuntut keadilan setelah dijadikan mangsa liwat.
Tentu sekali Saiful terpaksa melalui onak duri yang penuh dengan ranjau ketika memberi keterangan dan apabila pihak pembela menyoal balas akan keterangannya itu. Namun demikian, Saiful mungkin telah bersedia sepenuhnya kerana tempoh menunggu perbicaraan ini mungkin telah di gunakan sebaik mungkin untuk membuat persediaan.
Hari pertama memberi keterangan telah merealisasikan kata kata pelakun AR Tompel dalam filem Anak Bapak arahan P Ramlee. kata kata "belum pernah dalam sejarah Hakim kena menunggu yang di tuduh" kini telah berlaku di mahkamah Malaysia. Yang tertuduh telah membuat Hakim tertunggu tunggu dirinya dengan alasan membuat proses rayuan terlebih dahulu.
Blog ini mendoakan agar perjalanan kes ini lancar dan semua kebenaran berjaya di buktikan.
Saiful mungkin tidak sedar kemenangan kes beliau ini akan menukar landskap politik Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment