Thursday, February 18, 2010

DAP BERMAIN API

Akhir akhir ini suhu perkauman di negara ini telah secara tiba tiba naik mendadak. Ini berikutan pengumuman Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui surat pekelilingnya berhasrat membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Penduduk Melayu Islam di negeri tersebut telah bangkit untuk protes terhadap keputusan tersebut.

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang telah menafikan ada arahan sebegitu dan menyatakan ia masih di peringkat perbincangan.

Nasi telah menjadi bubur. Surat daripada pejabat SUK telah jelas menyatakan pembatalan perarakan Maulidur Rasul.

Dalam tidak sampai tempoh dua minggu Kerajaan Pulau Pinang kena selesaikan masalah yang rumit. Pertama gerai gerai orang Melayu di robohkan dan kini isu perarakan Maulidur Rasul.

Isu pertama adalah berkenaan kaum Melayu dan Isu ke dua adalah berkenaan agama Islam.

Lim Guan Eng pula adalah Setiausaha Agung DAP. DAP pula ialah parti yang mewakili kaum Cina ke dua terbesar selepas MCA. Keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang di pimpinnya kini ternampak seolah olah menghimpit kau Melayu dan agama Islam.

Apabila isu berkenaan bangsa Melayu dan agama Islam berada di atas garisan, pemimpin DAP itu perlu menggunakan kebijaksanaannya. Kalau tidak mungkin dia akan di lambung ombak besar dan terkeluar dari negeri Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment