Wednesday, September 9, 2015

MANA MUNGKIN PISANG BERBUAH DUA KALI

As Salam, Episod Mesyuarat MKT Umno pada 9/9/2015 telah berakhir. Keputusannya ialah berbaik baik di hadapan ahli dan rakyat Malaysia. Keputusan ini amat menguntungkan DS Najib dan rakan rakan. Kuasa terus dipegang dan akan terus mempolitikkan apa apa sahaja asalkan kekal berkuasa. Wang 1MDB terus tidak dapat di kesan. Wang derma tidak diketahui daripada mana asalnya. TSMY, Dato Shafiee Apdal dan DS Mukhriz Mahathir masih tersengih sengih apabila keputusan Majlis Tertinggi UMNO diumumkan. Ternyata mereka hanya kuat berkokok di luar dan seperti ayam berak kapur apabila berhadapan dengan Dato Seri Najib dan pasukannya di dalam MKT UMNO. DS Najib berani memberitahu ahli Umno dan rakyat Malaysia disidang akhbar dan dihadapan TSMY bahawa TSMY dan Datuk Shafie Apdal perlu membuktikan kesetiaan kepada DS Najib dan UMNO. TSMY dan pasukan yang samada menyokong dan bersimpati dengannya telah dimalukan. Memalukan apabila kenyataan ini dibuat di hadapan muka TSMY sendiri. Apakah TSMY tidak setia kepada UMNO? Setia. Kepada Ds Najib, mungkin tidak kerana melakukan pinjaman sehingga RM43B kepada 1MDB tanpa kelulusan kabinet dan menerima sumbangan RM2.6b ke dalam akaun peribadi adalah perbuatan Beraja di mata, Bersultan di Hati. Kenapa DS Najib buat semua itu tanpa persetujuan Kerajaan dan MKT Umno. Dah nak kena tangkap, baru menuntut kesetiaan ahli untuk membela dia. Setia ahli adalah kepada Parti. Kalau pemimpin Parti yang derhaka kepada Parti, bagaimana? Pada hemat saya, TSMY dan DS Shafiee serta DS Mukhriz sayangkan parti dan sayangkan jawatan. Mungkin ada jawatan dipandang tinggi di dalam Parti. Mungkin. Bagaimanapun, keputusan Majlis Tertinggi UMNO ini telah memberikan DS Najib dan Dato Ahmad Zahid hamidi bebas berkuasa tanpa had untuk berbohong, mengugut dan bertindak tanpa batas. Demokrasi di Malaysia kini semakin malap.

Tuesday, August 25, 2015

KETUA PENCURI & CO

Ramai mengetahui Ketua Pencuri telah bermaharajalela tapi menharapkan dan menunggu sherif tua bertindak. Tindakan Sherif Tua telah dipatahkan dan kubunya mula di musnahkan secara berperingkat. Sherif Tua hanya melihat kemusnahan berlaku di depan mata. Cuma Sherif Tua pula hairan, mana pergi mereka yang mengadu kepadanya tempoh hari. Ada yang telah kembali menyokong Sang Ketua dan ada yang bersembunyi minta nyawa. Sang ketua tersenyum riang dan menjadi ibarat bersultan dimata beraja di hati. Malang sekali rakyat yang telah belajar tinggi tinggi tidak berupaya memikirkan kaedah sesuai untuk menangkap Sang Ketua Pencuri. Rakyat hanya menanti sogokan dan omokan bukan bukan dari kaca tv dan suratkhabar. Sebenarnya ada banyak cara kerana untuk menagkap pencuri kita kenalah memikirkan seperti pencuri juga. Pencuri mencuri apabila tiada sesiapa yang nampak. Pencuri mencuri dengan perancangan terpeinci. Pencuri mencuri tanpa ada saksi. Pencuri mencuri dengan berhati hati. Oleh itu Carilah orang yang nampak hasil curian Carilah orang yang mengetahui perancangan terpeinci carilah saksi untuk melihat transaksi Carilah saksi yang lebih berani In sya allah.. Sang Ketua Pencuri akan dapat secara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Cumanya Sang Ketua Pencuri akan tertiarap tidak mampu berdiri lagi.

AL KISAH: KETUA PENCURI & CO

Gerombolan ini adalah gerombolan baru dari saf kepimpinan yang baru. Ketuanya telah berjaya menyeleweng jumlah dana yang amat besar sehinggakan ramai yang bersengketa sesama sendiri kerana tidak dimaklumkan. Ketua Gerombolan berkata" buat apa nak bagi tahu, nanti hampa plak nak tumpang sekaki. Tetapi ada banyak lagi. Siapa mahu boleh ikut tanpa banyak soal" Maka gerombolan tadi berduyun duyun mengekori sang ketua. Sang Ketua terus mengatur langkah. Menutup kesan jejak sendiri. Dan mengatur langkah seterusnya untuk kekal berkuasa. Langkahnya untuk meneutralkan Syerif Tua tanpa balai. Semasa Sang Ketua belum bergelar ketua, syerif tua ini lah yang berbalas balas tembakan dengan musuh untuk melindungi dia. Sang Ketua hanya bersembunyi dan berlakun baik. Semua kerja kotor dilakukan oleh Syerif Tua. Setelah berjaya menjadi Ketua, Syerif Tua diberi penghormatan. Segala luka diubati dan syerif tua menjadi tempat rujukan para pengikut gerombolan. Tetapi Sang ketua gerombolan di dalam diam ada aturcara lain. Sang Ketua meminjam dengan meletakkan sandaran pusaka bangsa. Bagi Sang Ketua apa nak heran, bapak aku juga yang kumpul pusaka bangsa ini. Wang pinjaman meningkat dan Sang Ketua menjadi merah mata. Belum ada untung, wang pinjaman dibelanjakan sesuka hati. Akibatnya hutang tidak berbayar dan perbelanjaan melebihi pendapatan. Sang Ketua pun bukan calang calang orang. Cerdik. Tetapi hanya didalam bab penipuan. Rakyat dikenakan cukai. Bayar atau tindakan undang undang akan diambil. Harga barang dan perkhidmatan melambung tinggi tetapi Sang Ketua tidak peduli. Rakyat belum susah kerana Gaji mereka aku yang bayar bisik hati kecilnya. Perkara yang pelik ini telah disampaikan kepada syerif tua. Syerif tua menolak semua tuduhan mereka tetapi syerif tua telah secara diam menyiasat perkara ini. Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Penyiasatan Syreif Tua telah menemukan beliau dengan perkara yang amat ditakuti. Wang keuntungan telah dikebas dan hutang telah meningkat. Syerif tua segera membuat pertemuan sulit dengan Sang Ketua. Penjelasan Sang Ketua ialah memang benar apa yang diketemukan oleh syerif tua. Dihantarnya syerif tua balik dan dipesan untuk berdiam diri. Syerif tua berasa amat letih. Sekali lagi perjuangan dia di khianati oleh anak murid sendiri. Hidup syerif tua jadi tak keruan. Makan dan tidur terganggu. Syerif Tua sedar bahawa dia dah semakin tua dan tak sesuai untuk berjuang lagi. Tambahan syerif tua sudah tidak ada kuasa. Tetapi tidak boleh jadi. Perjuangan ini masih belum selesai dan syerif tua pun mengeluarkan kembali senjata lama untuk berjuang. Rupa rupanya Sang Ketua telah banyak mengetahui apa senjata dan cara hendak digunakan oleh Syerif Tua. Serangan syerif tua dipatahkan dan diberi amaran sekiranya tidak mahu dimalukan. Sang Ketua telah menggunakan segala sumber yang sofistikated dan ahli pasukan yang dibayar dengan lumayan untuk mematahkan segala serangan dan membuat serangan balas dengan berkesan. Pertama kali syerif tua berhadapan dngan kekalahan. Memang masa sudah tidak menyebelahi nya. Pasukan Syerif Tua juga sudah banyak yang cedera dan luka parah. Syerif Tua kekurangan ubat ubatan dan doktor. Sang Ketua yang telah mengisytiharkan dirinya menang kini semakin bermaharajalela. Seluruh pelusok negeri dilawati menyatakan bahawa tidak ada kecurian yang berlaku. Wang adalah daripada mereka yang telah bersetuju untuk dan ingin membantu kepimpinan beliau. Salah kah? Maka ahli ahli gerombolan memekik.. tidak, teruskan kepimpinan. Kami setia dan kami rela tuan menjadi Sang Ketua kami. Masa terus berjalan. Ternyata sang ketua tidak tergugat. Syerif tua sehingga artikel ini ditulis masih tercari cari jalan baharu tetapi tidak terjumpa dan Sang Ketua semakin yakin kedudukan tidak akan tergugat.

Sunday, September 11, 2011

NEGARA KEBAJIKAN PAS YANG HIPOKRIT

Pas telah memasukkan Negara Berkebajikan di dalam manifesto pilihanraya yang akan datang. Apa apa yang ditulis oleh Pas atau di rangka mereka di dalam manifesto tersebut, saya tak baca pun. Sebabnya ia adalah rhetorik dan hanya cuba memenangi hati Pengundi Cina yang sekarang ini ingin merampas kuasa politik orang orang Melayu.

Bagi saya, Pas yang dah 22 tahun memerintah Kelantan telah tidak menyelesaikan isu isu asas seperti air, infrastruktur dan tenaga elektrik di negeri itu yang terus terpinggir dari arus pembangunan. Rakyat yang miskin yang kebanyakan orang Melayu juga tidak diberi pembelaan yang sewajarnya.

Rekod itu sudah cukup untuk diberitahu kepada semua rakyat Malaysia bahawa perancangan Negara Berkebajikan Pas adalah cubaan jahat yang ingin memecah kuasa politik orang orang Melayu.

MAD SABU YG JAHIL SEJARAH

Semua orang di Malaysia menerima baik asas sejarah di Negara ini iaitu komunis itu telah cuba mengambil alih pemerintahan negara ini dari British dan Raja Raja Melayu dengan kekerasan bersenjata. Usaha pergerakan Komunis ini telah berjaya di patahkan oleh Askar Melayu dan Polis pada waktu itu. Sejak itu ideoloji komunis telah di sekat dan di benci oleh hampir semua kaum di Negara kita.

Timbalan Presiden Pas, Mad Sabu cuba pula meraih populariti dengan mentafsir secara membuta tuli perjuangan seorang pemimpin komunis masa itu. Mad Indera diangkat oleh Mad Sabu sebagai hero dan pejuang sebenar kemerdekaan Negara.

Oleh kerana Mad Indera berlabelkan Komunis, maka adalah disarankan agar semua kita menolak tafsiran baru Mad Sabu hanya berlandaskan fakta buku yang bukan dirujuk dari bahan sejarah Negara.

Orang yang jahil dan buta sejarah semacam Mad Sabu hanya ingin mensensasikan sesuatu subjek untuk meraih populariti.

Mad Sabu boleh belah!

Sunday, July 3, 2011

JANGAN SERTAI HIMPUNAN BERSIH 2.0

Gila !! itu sahaja yang dapat dikatakan kepada peserta himpunan haram Bersih.

Mana tak gila, pertubuhan tidak berdaftar, tiada permit perhimpunan dan motif yang berat sebelah dengan desakan untuk pilihanraya yang lebih adil.

Himpunan Bersih ini sebenarnya di dalangi oleh Pakatan Rakyat kerana setelah kekalahan besar mereka di pilihanraya negeri Sarawak, mereka cuba menngalih perhatian rakyat tuntutan yang tidak berasas.

Kepada semua pencinta dan pendokong Negara yang aman dan harmoni, tolak sahaja Bersih ini ke dalam longkang yang berdekatan.

Monday, November 8, 2010

BANJIR 1/11/2010

Banjir telah melanda di Kedah dan Perlis.

Hujan yang turun luar biasa lebatnya telah mencatatkan rekod baru dalam tempoh 100 ratus tahun.

Air hujan telah menuruni bukit dan gunung di sempadan Malaysia dan Thailand. Hasilnya negeri Kedah dan Negeri Perlis di landa banjir yang amat dashat.

Korban nyawa ialah 6 orang dan semuanya kanak kanak berusia di bawah 12 tahun.

Banjir ini telah membawa banyak kebaikan.

Masyarakat telah kembali ke sifat asal iaitu berkerjasama dan tolong menolong.

Kanak kanak pula sibuk bermandi manda dengan ibu bapa sentiasa mengawasi.

Sesiapa pun tak boleh menolak air yang berpusu pusu datang.

Ucapkanlah syukur alhamdulillah dengan banjir yang datang ini kerana ia membawa lebih banyak kebaikan dalam mendekatkan amal ibadat kita kepada Allah swt.

Berkenaan kerosakan harta benda itu tak usah lah di fikirkan sangat.

Rezeki Allah sentiasa ada dan telah di janjikan kepada hamba hambanya.

Allah hu Akbar!