Wednesday, September 9, 2015

MANA MUNGKIN PISANG BERBUAH DUA KALI

As Salam, Episod Mesyuarat MKT Umno pada 9/9/2015 telah berakhir. Keputusannya ialah berbaik baik di hadapan ahli dan rakyat Malaysia. Keputusan ini amat menguntungkan DS Najib dan rakan rakan. Kuasa terus dipegang dan akan terus mempolitikkan apa apa sahaja asalkan kekal berkuasa. Wang 1MDB terus tidak dapat di kesan. Wang derma tidak diketahui daripada mana asalnya. TSMY, Dato Shafiee Apdal dan DS Mukhriz Mahathir masih tersengih sengih apabila keputusan Majlis Tertinggi UMNO diumumkan. Ternyata mereka hanya kuat berkokok di luar dan seperti ayam berak kapur apabila berhadapan dengan Dato Seri Najib dan pasukannya di dalam MKT UMNO. DS Najib berani memberitahu ahli Umno dan rakyat Malaysia disidang akhbar dan dihadapan TSMY bahawa TSMY dan Datuk Shafie Apdal perlu membuktikan kesetiaan kepada DS Najib dan UMNO. TSMY dan pasukan yang samada menyokong dan bersimpati dengannya telah dimalukan. Memalukan apabila kenyataan ini dibuat di hadapan muka TSMY sendiri. Apakah TSMY tidak setia kepada UMNO? Setia. Kepada Ds Najib, mungkin tidak kerana melakukan pinjaman sehingga RM43B kepada 1MDB tanpa kelulusan kabinet dan menerima sumbangan RM2.6b ke dalam akaun peribadi adalah perbuatan Beraja di mata, Bersultan di Hati. Kenapa DS Najib buat semua itu tanpa persetujuan Kerajaan dan MKT Umno. Dah nak kena tangkap, baru menuntut kesetiaan ahli untuk membela dia. Setia ahli adalah kepada Parti. Kalau pemimpin Parti yang derhaka kepada Parti, bagaimana? Pada hemat saya, TSMY dan DS Shafiee serta DS Mukhriz sayangkan parti dan sayangkan jawatan. Mungkin ada jawatan dipandang tinggi di dalam Parti. Mungkin. Bagaimanapun, keputusan Majlis Tertinggi UMNO ini telah memberikan DS Najib dan Dato Ahmad Zahid hamidi bebas berkuasa tanpa had untuk berbohong, mengugut dan bertindak tanpa batas. Demokrasi di Malaysia kini semakin malap.