Tuesday, December 29, 2009

Beberapa Langkah Ke Putrajaya

Siri KeDua - Anwar Ibrahim Orang Melayu

Anwar Ibrahim telah mengatur langkah kemas dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sesuatu yang susah hendak di buat oleh BN telah berjaya dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan menyatukan barisan pembangkang yang berlainan bangsa dan agama.

Walaupun Pakatan Rakyat masih baru dan mengalami masalah masalah dalaman tetapi kehebatan kepimpinan Anwar Ibrahim berjaya memesongkan masalah masalah itu menjadi satu teka teki politik yang jawapannya ingin diikuti samada lawan dan kawan.

Sebagai keturunan Melayu, Anwar Ibrahim telah menggunakan semua kesempatan yang terdapat di dalam perlembagaan untuk memegang tampuk kuasa didalam Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya hanya bangsa Melayu yang beragama Islam sahaja yang boleh di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu satu jawatan yang menjadi cita cita kepada Anwar Ibrahim.

Atas dasar Melayu dan kemelayuannya, Anwar Ibrahim berjaya mendorong sebahagian orang orang Melayu menjadi penyokong kepada kefahaman dan dasar dasar baru yang terhasil dari permuafakatan dengan Pakatan Rakyat.

Orang orang Melayu amat terpesona mendengar ucapan ucapan berani Anwar yang mengherdek, memperkecilkan dan memadam keunggulan kepimpinan BN yang banyak jasa itu semenjak kemerdekaan.

Hasilnya, Anwar Ibrahim diangkat sebagai hero yang mahu mengangkat Melayu ke suatu tahap yang lebih tinggi dan lebih di hormati.

Istimewanya Anwar Ibrahim ialah beliau dapat memprojekkan diri dan parti kepimpinannya mendapat sokongan yang besar dari seluruh Negara dan seluruh dunia!

Siri Ke Tiga : Pas Bersama Pakatan Rakyat

BEBERAPA LANGKAH KE PUTRAJAYA

Siri Pertama

Bolehkah Anwar Ibrahim dan rakan rakan berjaya menduduki Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang?

Persoalan ini telah mula di bincangkan oleh penganalisis penganalisis politik, pemimpin pemimpin Kesatuan dan Persatuan, veteran dan ahli politik kini, sejarahwan, ahli ekonomi, ketua ketua kampung, imam dan orang orang kampung dan bandar.

Pendek kata, Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi halangan media untuk sampaikan harapan mereka kepada rakyat jelata.

Sementara menantikan pilihanraya yang ke 13, Pakatan Rakyat sentiasa memberikan demonstrasi kekuatan mereka samada menterjermahkan sokongan rakyat melalui acara acara politik mereka ataupun memperkecilkan usaha usaha Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat.

Anwar Ibrahim ternyata telah menggunakan semua kekuatannya bagi memastikan pusingan terakhir pilihanraya ini menjadi peluang yang terakhir untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

Akan berjaya ke Pakatan Rakyat?

1. Pakatan Rakyat berjaya mempamerkan kepada rakyat bahawa PAS, PKR dan DAP mampu untuk duduk semeja dan membuat garis panduan baru untuk perjuangan mereka.

2. Pakatan Rakyat juga telah menamakan dengan tidak rasminya bahawa sekiranya mereka menang majoriti pilihanraya akan datang, Anwar Ibrahim akan di pilih sebagai Perdana Menteri bagi kumpulan mereka.

3. Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menjadikan Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am nya.

4. Pakatan Rakyat telah dengan yakinnya akan merubah sistem sosio ekonomi dan landskape politik kepada lebih telus, terbuka dan adil.

Ada banyak lagi yang di janjikan oleh Pakatan namun ke empat empat faktor di atas telah menjadi perbualan hangat dikalangan semua lapisan masyarakat yang berminat dengan politik.

Mereka telah berasa bahawa mereka telah mempunyai pilihan baru dan menimbulkan perasaan ingin tahu yang cukup tinggi apakah nanti pilihan mereka adalah pilihan yang betul.

Pemikiran rakyat yang telah berjaya diubah oleh kepimpinan politik Pakatan Rakyat ini telah menyebabkan momentum sokongan kepada mereka berterusan dan ternampak seolah olah tidak dapat di bendung lagi.

Dengan itu bayang bayang Pakatan Rakyat telah ternampak jelas di PutraJaya.

Putra Jaya ialah benteng terakhir BN/UMNO dimana semua polisi dan dasar di putuskan dan di bawa ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan. Di sini juaga pejabat dan kediaman Perdana Menteri. Di sini juga pejabat semua menteri menteri Kabinet. Di sini juga maruah semua pejuang pejuang kemerdekaan, askar askar Melayu di Raja, Polis Di Raja Malaysia dan datuk nenek yang telah berkorban untuk memastikan Negara Malaysia kekal dibawah penguasaan politik orang orang Melayu

Siri Kedua : Anwar Ibrahim pun Melayu juga