Thursday, January 7, 2010

GEREJA DI BOM

Gereja di Malaysia telah di bom lapur berita hari ini 8.1.2010.

Tak pernah terfikir akan kejadian ini setelah Kerajaan telah berusaha untuk menenangkan hati dan perasaan orang-orang Islam berikutan kebenaran menggunakan kalimah Allah oleh Mahkamah.

Bagi blog ini melahirkan rasa simpati kepada orang orang Kristian namun ada dua pengajaran yang perlu diambil serius oleh mereka.

Pertamanya jangan memperkecilkan orang orang Islam di Malaysia. Sesungguhnya permohonan untuk menggunakan kalimah Allah di mahkamah sudah lama dipendam kemarahan oleh orang orang Islam. Kebenaran mahkamah pula seolah olah telah memberikan tamparan yang pedih di kalangan orang orang Islam.

Keduanya penyelesaian setelah hukuman di buat mahkamah telah tidak begitu menyakinkan orang orang Islam.

Orang orang Islam ingin mengetahui kenapa mesti dibenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian di bawa ke mahkamah. Ia merupakan faktor persoalan besar sedangkan Agama Islam telah terpelihara sekian lama di dalam Perlembagaan Negara.

Semoga penyelesaian terbaik di cari dan rakyat berbilang agama dapat kembali hidup dengan aman.

Tuesday, January 5, 2010

KALIMAH ALLAH

Sekarang ini heboh diperkatakan dengan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan makalah Gereja i.e Herald.

Orang orang Islam telah membantah penggunaan nama Allah tersebut. Mereka yakin dan percaya Kristian mempunyai niat/motif yang tersirat.

Blog ini tidak menyokong keputusan mahkamah malahan ingin bersama orang orang Islam lain membantah keputusan mahkamah itu.

Alasan Blog ini ialah nama Allah SWT hanya ekslusif untuk orang Islam di Malaysia sahaja.

Alasan lain ialah sekiranya digunakan untuk ugama lain dikhuatiri kekeliruan bakal timbul dan pergeseran agama akan mencetuskan peperangan antara agama.

So, Blog ini amat berharap Kristian dan agama agama yang lain tidak di benarkan menggunakan nama Allah di bumi Malaysia ini.

Di Malaysia, nama Allah yang Esa hanya ekslusif untuk orang orang beragama Islam.