Thursday, August 26, 2010

DIARI impian HARIAN NIK AZIZ



Usianya yang semakin tua tidak lagi memberi kekuatan lahiriah. Kekuatan bathinnya pun telah berkurangan. Akalnya juga sekarang dikhuatiri semakin pendek. Penglihatan kabur dan pendengaran semakin berkurangan. Nik Aziz amat risau akan dirinya yang menjadi serba kekurangan. Kepada Allah dia memohon agar kekuatannya dikembalikan. Setiap malam dia berdoa dipanjangkan umur, dipulihkan kekuatan dirinya agar ia menjadi kekuatan seperti masa dulu dulu. Namun, Nik Aziz secara perlahan sedar dia telah di mamah usia. Tiada apa yang dapat menyelamatkan dia lagi dari penglihatan yang kabur, pendengaran yang kurang, pergerakan yang semakin perlahan dan akal yang semakin pendek.

Pagi pagi lagi Nik Aziz telah memulakan ingatan kepada Tuhan Yang Esa. Dan Nik Aziz sedar bahawa kuasa dia tidak boleh melebihi kuasa Tuhan. Kuasa Tuhan Rabbiulamin adalah kekuatan yang amat hebat. Kemudian Nik Aziz teringat beliau pun berkuasa juga cuma kuasanya hanya di Kelantan Darul Naim. Nik Aziz berdoa kepada Allah Swt agar terus mengekalkan dia di tampuk kuasa. Harap harap saya dapat berkuasa sehingga akhir hayat. Mula mula nya Nik Aziz malu untuk berdoa sebegitu tetapi setelah difikirkan balik, kenapa tidak. Dia ada ramai juga musuh politik dalaman dan luaran. Cepat cepat Nik Aziz berdoa lagi. Kali ini dia minta Allah pecahkan perut musuh musuh dia. Biar mampus semuanya. Biar mampus semua sekali.

Sebelum bangun untuk beredar, didalam diri Nik Aziz tertanya tanya. Apakah harus aku berdoa sedemikian kepada orang orang mukmin yang berselisih pendapat dan pandangan dengan aku? Apakah benar perbuatan aku ini? Tiba tiba suatu suara telah berbisik, juga dari dalam hatinya. "Memang benar dan patut sekali kau buat begitu". Nik Aziz terkejut. Siapa yang bersuara tu kata hati kecilnya. "Aku la..aku la" jawab suara itu. "Aku si Syaitan yang kau panggil untuk dijadikan kawan mu". Nik Aziz termanggu sebentar. Maklumlah akal dah semakin pendek. Kemudian dia senyum. Aha.. aha.. betul cakap kawan aku ni. Perjuangan untuk mencapai matlamat perlu di kongsi dengan lawan dan kawan. Perjuangan ini perlu diteruskan tanpa mengira hukum kerana peperangan sebenarnya ialah kalah atau menang. "Kena menang" bisik hati kecilnya lagi.

Sebaik bangun, Nik Aziz berjalan perlahan lahan untuk bersarapan. Dalam perjalanan ini terfikir lak bagaiman dia di tuduh berdendam dan menjauhi puak Islam yang satu lagi. Sememangnya orang yang menuduh itu tidak faham. Sebagai Tok Guru tentu sekali Nik Aziz suka kepada perpaduan, perdamaian, kerjasama dan persepakatan. Akan tetapi puak Islam yang satu ni lain. Puak ini makan rasuah, puak ni putar belit, puak ini sekular dan tak mahu kepada hukum Islam. Tak baik dengan dia orang pun tak apa. Tak janji apa apa lagi senang.

Di meja makan isteri, anak dan menantu sedia menunggu. Setelah membacakan doa makan Nik Aziz seisi keluarga menjamah rezeki yang terhidang. Nik Aziz tiba tiba di kejutkan pagi itu dengan penerangan ringkas daripada anak menantunya.

"Ayah, kali ini trip buat Haji kena dibatalkan. Ada orang lapurkan kepada SPRM kita pergi atas tajaan Syarikat yang kita anugerahkan konsesi balak tu." kata menantu Nik Aziz.
"Memang begitu lah dasar orang orang yang dengki" kata Nik Aziz pula.

"Ayah, boleh ke Ayah cakap kata tak tahu soal Haji ni, kata semuanya saya yang aturkan. Bila press tanya saya balik, mudah saya nak jawab".

"Boleh, nanti Ayah usahakan"

Selesai makan Nik Aziz berehat sekejap dalam bilik tidurnya. Betapa kesalnya dia tak dapat tunaikan Haji tahun ini. "Ini mesti kerja puak yang satu lagi" Nik Aziz membebel. Kemudian Nik Aziz teringat perihal rasuah. "Rasuah ke aku ni" katanya. "Orang nak bagi, kita ambil lah" hatinya terus menimbulkan perassan tidak puas hati tu. "Pandai juga anak menantu aku putar belit" bisik hatinya yang teringat semula pasal puak yang satu lagi tu pun putar belit.

bersambung

Thursday, August 19, 2010

1 MALAYSIA PERLUKAN MELAYU BERSATU





DAP masih dengan slogan Malaysian Malaysia. Dap mempengaruhi orang orang Cina. Kata DAP konsep 1 Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia. Setelah orang orang Cina mula percayai, DAP bermain api. Katanya kata 1Malaysia tapi menganaktirikan bangsa Cina.

PKR dan Pas pula samakan 1Malaysia dengan UPKO. Kerajaan dikatakan engage konsultan antarabangsa yang diterajui Israel. Pas / PKR memberitahu kepada orang orang Melayu, UMNO bersekongkol dengan Yahudi. Seterusnya Pas mengejek ejek UMNO dengan panggilan UPKO di Parlimen ...macam budak2 sekolah.

Begitulah cepatnya Pembangkang memanipulasi isu dengan merosakkan pemikiran rakyat dengan sistematik. Dap sasarannya kepada seluruh masyarakat Cina, Pas sasarannya Masyarakat Melayu /Islam / kampung manakala PKR sasarannya ialah Melayu / Liberal/ Bandar.

Kerjasama ketiga tiga parti Pembangkang ini adalah ancaman terbesar kepada Kerajaan Malaysia kerana pengaruh mereka adalah amat besar di peringkat akar umbi. Sekiranya mereka memilih untuk keluar dari landasan undang undang, maka akan huru hara lah Malaysia.

Blog ini berpendapat penggunaan politik perkauman oleh ketiga tiga parti politik ini ini telah memberi impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi dan keselamatan Negara.