Sunday, May 23, 2010

LESEN JUDI BOLASEPAK PIALA DUNIA

UMUM mengetahui lesen ini telah di beri kepada Berjaya Group. Lesen perjudian ini memberi kesempatan kepada peminat bolasepak Piala Dunia untuk meramalkan keputusan bolasepak itu dan siapa meneka tepat akan mendapat hadiah wang yang lumayan.

Kenapa Kerajaan melesenkan judi bolasepak ini?

Kerajaan melesenkannya adalah untuk mengutip hasil cukai daripada perjudian ini. Wang cukai ini bolehlah digunakan untuk menampung keperluan bukan Islam seperti pembinaan sekolah, kuil, tokong, jalan, titi, jambatan dll yang difikirkan perlu.

Sekiranya judi bolasepak ini tidak dilesenkan?

Masih akan berlaku juga aktiviti perjudian bolasepak secara diam diam dan Kerajaan tidak akan dapat hasil apa apa.

Mengapa Orang Islam marah akan kelulusan lesen itu?

Kerana Judi adalah haram disisi agama Islam dan memudaratkan.

Kelulusan lesen perjudian oleh Kerajaan adalah dengan bersyarat. Tiada orang Islam boleh berkerja dengan syarikat judi tersebut. Syarikat judi tersebut juga tak boleh menerima 'betting' dari orang orang Islam. Ia amat jelas!

Rakyat Malaysia mempunyai komposisi 65% orang Islam dan 35% orang bukan Islam.

Orang bukan Islam tersangat minat dengan judi dan orang Islam pula jangan pula terikut ikut dengan rentak mereka.

Biarlah si Luncai terjun dengan labu labunya.

SIME DARBY

SIME DARBY dalam kerugian. Siasatan akan dilakukan dan hasil siasatan itu akan didedahkan. Tidak ada apa yang akan disembunyikan. Itulah alasan yang diberi oleh Tun Musa dalam Mingguan Malaysia pada 23.5.2010.

Saya bersetuju dengan Tun Musa. Buatlah siasatan segera. Rakyat menunggu hasil siasatan Tun Musa dan seluruh ahli Lembaga Pengarah Sime Darby.

Cume Tun Musa perlu faham, semua kerugian ini dapat dielakkan sekiranya Tun Musa dan Ahli Lembaga Pengarah pro aktif dalam meneliti urusan kewangan konglomerat itu. Tak payah tunggu rugi baru nak siasat.

Walau apa pun alasan Tun Musa dan ahli Lembaga Pengarah diatas hasil siasatan itu nanti, sejarah akan merekodkan sebagai Pengerusi pertama Synergy Drive itu (Sime Darby), Tun telah membawa kerugian yang amat teruk kepada Negara.

Harap harap Tun Musa tahu apa yang perlu dibuat selepas ini.

Monday, May 17, 2010

P/Raya Kecil SIBU

BN kalah di Sibu. Sesuatu yang amat memeranjatkan. Sarawak adalah negeri yang dikatakan menyokong BN kini telah beralih sokongan.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan BN kalah. Antaranya ialah kepimpinan cara lama oleh Ketua Menteri Sarawak yang telah tidak relevan dengan suasana masa kini. Begitu juga dengan sentimen perkauman yang diolah kuat oleh pihak Pembangkang yang datang dari Semenanjung.

Pengakhiran p/raya kecil di Sibu telah membuka mata BN bahawa tiada tempat yang selamat lagi bagi BN untuk kekal memerintah. Bagi Pakatan pula ia adalah pemulih semangat untuk bertali arus menyerang dan menumbangkan Kerajaan BN.

Saya berpendapat kempen BN perlu berterusan untuk mententeramkan kaum Cina yang semakin berusaha mencari kuasa politik melalui Pakatan. Walaupun janji janji Pakatan yang telah melanggar Perlembagaan terutama mengenai Hak Hak Orang Melayu.

BN perlu mengambil tindakan segera untuk hentikan usaha pembangkang memainkan isu perkauman dan ugama. Sekiranya tidak, kempen BN akan menjadi tidak efektif.

Wednesday, May 5, 2010

BLOK L DAN M

Blok L dan M kepunyaan Malaysia telah diserahkan kepada Brunei. Penyerahan telah dilakukan oleh PM ke 5, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui sepucuk surat yang kandungannya dipersetujui oleh Kabinet Malaysia. Malaysia kini tiada hak lagi ke atas kedua dua blok itu walaupun kerja kerja penggalian Petronas telah bermula semenjak tahun 2003 lagi.

Blok L & M ada kaya dengan minyak dan gas dan dikatakan bernilai hampir RM320b. Brunei pula dikatakan menjemput Petronas untuk melakukan usahasama mengikut syarat dan terma mereka.

Persoalannya mengapa sesenang itu kawasan itu di beri kepada Brunei? Sekiranya ia adalah untuk menggugurkan tuntutan Brunei ke atas Limbang, maka Malaysia telah membayar harga yang tersangat mahal untuk hidup aman berjiran dengan Brunei.

Walau apapun Penulis berpendapat Kerajaan Malaysia tidak mahir dalam perundingan dan menyebabkan Negara kerugian dalam hal hak wilayah dan pendapatan.

AMINULRASYID - PERISTIWA YANG TRAGIK

Adik Amirulrasyid mati di tembak Polis dalam satu drama kejar mengejar. Allahyarham panik dan hanya ingin berhenti apabila sampai di rumah. Allahyarham ingat tembakan polis tidak akan mengena seperti dalam filem filem barat yang di tontonnya. Berusia 15 tahun Allahyarham tidak sedari bahawa Polis amat terlatih dalam kejar mengejar ini. Kalaulah Micheal Schumacher yang membawa kereta itu pun tentu Polis dapat menembaknya.

Kejadian tragik ini adalah peringatan kepada semua rakyat Malaysia agar mengikut arahan Polis. Sekiranya tidak berpuas hati dengan pihak Polis bolehlah ambil tindakan untuk menyaman. Namun di lokasi dan keadaan yang dibawah kawalan polis, sila ikut arahan yang diberikan.

Penulis amat bersimpati dengan keluarga Allahyarham. Kesihan melihat ibu Allahyarham dan seluruh keluarga mereka.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.